Sunday, February 28, 2010

Program Permuafakatan & Kecemerlangan UPSR 2010 : Tangisan Kejayaan































Seiringan dengan taklimat ibubapa, anak-anak SKPJ yang menyertai program ini juga telah diberikan slot motivasi oleh AJK program. Bacaan ikrar dan surat aku janji juga diadakan dan ditandatangani oleh pelajar di hadapan ibubapa mereka. Surat aku janji itu termeterai bahawa mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada UPSR 2010. Slot motivasi yang menyentuh hati telah membuat pelajar mengalirkan airmata, mengingatkan betapa pentingnya kejayaan UPSR bagi diri sendiri dan ibubapa mereka. Semoga anda semua memperolehi kejayaan yang cemerlang, marilah kita sama-sama Berdoa kepadaNya, dimakbulkan kejayaan anda.

0 comments:

Post a Comment