Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah amat berbesar hati menjemput Tuan / Puan hadir dalam Majlis Permuafakatan bagi Program Kecemerlangan UPSR yang akan diadakan seperti berikut :
- TARIKH : 13 FEBRUARI 2010
- MASA : 8.30 PAGI
- TEMPAT : PUSAT SUMBER SK PAKATAN JAYA
Objektif Program :
1. Mendapatkan persetujuan bersama terhadap perancangan dan perlaksanaan Program Pembangunan Pendidikan ke arah memantapkan prestasi UPSR 2010.
2. Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama antara guru dan ibubapa dan menangani segala kelemahan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada bagi mencapai kelulusan 80% serta penambahbaikan.
Kesudian dan kerjasama Tuan/Puan amat kami hargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.
0 comments:
Post a Comment