Friday, April 26, 2013

PROGRAM LET'S READ TOGETHER

SKPJ telah menyertai program Let's Read Together yang diadakan di Perpustakaan Negeri sempena Hari Buku dan Hak Cipta Terpelihara.


Aiman, Asmaryqael, Siti Aleyya,Aina Izzati dan Gatin Nasuha di Program Let's Read Together sempena Hari Buku dan Hari Hak Cipta Terpelihara bertempat di Perpustakaan Negeri.

Monday, April 22, 2013

MINGGU ANTI DADAH SKPJ

PROGRAM MINGGU ANTI DADAH SK PAKATAN JAYA AKAN DIADAKAN MULAI 22 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013 (ISNIN HINGGA JUMAAT)

Pelbagai aktiviti akan dijalankan, antaranya kuiz, bacaan sajak, ceramah dan pemantapan sahsiah.

Wednesday, April 17, 2013

CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

HARI JUMAAT 19 APRIL 2013 MERUPAKAN CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK, HARAP MAKLUM.

Thursday, April 11, 2013

KENANGAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2012













Wednesday, April 10, 2013

ANUGERAH TAWARAN BARU GURU BESAR

SK Pakatan Jaya telah dipantau oleh pihak Nazir Sekolah untuk membuat penilaian bagi Anugerah Tawaran Baru Guru Besar. Hasil daripada penilaian tersebut SK Pakatan Jaya telah berjaya mendapat "Anugerah Tawaran Baru Guru Besar". SK Pakatan Jaya merupakan antara 59 buah sekolah yang menerima anugerah tersebut daripada 72 buah sekolah yang telah tercalon.  Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.












MAKA 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan pada 8 November 2012.









HARI KOKURIKULUM SKPJ

Kenangan Hari Kokurikulum (5/10/2012)












PORTAL RASMI SK PAKATAN JAYA

Sila ke http://kintautara.net/aba2072 untuk melihat portal rasmi SK Pakatan Jaya atau anda boleh klik pautan SK Pakatan Jaya - Laman Utama, yang terletak di bahagian kanan blog ini.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR 2013

Siri Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2013 bagi pelajar tahun 6 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

11 April 2013 - Matematik (11.00pg-1.00ptg) oleh Pn. Hafizah bt. Hj. Moktar
13 April 2013 - Bahasa Melayu (8.00pg-10.00pg) oleh En. Zoraimi b. Sharif
27 April 2013 - Bahasa Inggeris (8.00pg-10.00pg) oleh En. Cristopher a/l Louis
- Sains (10.30pg-12.30pg) oleh En. Hisnol Hirwan b. Hambali

TIPS BELAJAR

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan beberapa kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pert...ukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Kesepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Sumber: http://tipsbelajar.wordpress.com/

Tuesday, April 9, 2013

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2013

SK Pakatan Jaya telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul pada 8 Februari 2013. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan, ceramah dan pertandingan mewarna.