Tuesday, May 10, 2011

Tarikh Tutup Pertandingan Blog 2011

Makluman buat semua blogger Sk Pakatan Jaya. Tarikh tutup bagi semua post atau entri blog anda ialah pada 12 JUNE 2011. Bermaksud anda mempunyai masa 2 minggu semasa cuti sekolah untuk memasukan entri terakhir anda. Entri selepas tarikh tersebut tidak akan diambil kira bagi pemarkahan. Keputusan rasmi pemenang akan diumumkan pada perhimpunan pagi dan dijangka diumumkan 2 minggu selepas cuti sekolah. Blog-blog anda akan ditunjukan dalam mesyuarat guru dan dinilai secara langsung oleh pihak pentadbiran. Semua keputusan adalah muktamad. Selamat Maju Jaya.

Kriteria Pemarkahan:

1. Latarbelakang blog yang sesuai & menarik
2. Fon & Mukataip yang sesuai
3. Link
4. Video
5. Kandungan yang mempunyai variasi seperti animasi , ilustrasi dan carta
6. Tips belajar
7. Jumlah post yang banyak
8. Jumlah follower yang ramai
9. Ruangan chat yang aktif ( ada komen dari pelayar blog )
10. Kerjasama antara guru dan blogger.