Thursday, July 30, 2009

Program Ceramah Dan Kuiz Israk Dan Mikraj 2009





















































Pelancaran Program Bulan Kecergasan 2009















































Program Keselamatan Sekolah


















Pelawat Dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak















Sesi Persekolahan Bermula Di Sk Pakatan Jaya
























Tuesday, July 28, 2009

Majlis Penyerahan Kunci Kepada Guru Besar Sk Pakatan Jaya


Penolong Kanan Sk Pakatan Jaya

Encik Zul Azhar Bin Ramlee
Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Megat Fudzil Bin Megat Mohamad
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Rohani Binti Omar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Logo Sk Pakatan Jaya Dan Rasionalnya.


Logo ini diasaskan daripada gabungan huruf 'P' dan 'J' iaitu singkatan kepada Pakatan Jaya,yang direka berpaksikan glob dalam menjulang kecemerlangan kurikulum,kokurikulum dan membina keperibadian sahsiah murid dimarcapada.

Empat jalur berwarna menggambarkan kesepakatan Kerajaan, Guru, Masyarakat dan Ibubapa.

Warna Biru melambangkan Kesepakatan

Warna Merah melambangkan Keberanian

Warna Hijau melambangkan Keharmonian

Warna Kuning menggambarkan Kedaulatan

Huruf SKPJ dilingkari glob melambangkan pendidikan yang menyeluruh.

Logo hasil rekaan : Encik Zain Hazmi Bin Zain Baharin

Lirik Lagu Sk Pakatan Jaya


Sekolah Kebangsaan ......Pakatan Jaya
Tersergam Indah Di Pinggir Bandaraya
Putra Putrinya.................Berbagai Bangsa
Berdisiplin Setiap Masa
Merealisasikan Pendidikan Holistik
Itu Harapan Kita
c/o Kami Berikrar Kami Berjanji
Bersepakat Menggapai Cita
Menuntut Ilmu Hingga Berjaya
Memenuhi Hasrat Semua
Mengorak Langkah Perjuangan Bersama
Hidup Bersepakat Membawa Berkat
Cipta Kejayaan Setiap Arena
Taburkan Jasa Kudrat Dan Keringat
Cipta Kejayaan Setiap Arena
Taburkan Jasa Dan Keringat
Tuhan Sentiasa Restumu
Untukmu......Sk Pakatan Jaya


Piagam Pelanggan Sk Pakatan Jaya

Kami warga Sekolah Kebangsaan Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk :

Memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.

Membimbing setiap murid membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan jiwa Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Mewujudkan budaya iklim dan iklim sekolah yang kondusif,sihat,bersih,ceria dan penyayang seterusnya menjana jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

Sentiasa peka dan responsif serta prihatin kepada kehendak dan keperluan Pelanggan (murid/guru), masyarakat (ibu/bapa), dan negara (PPD Kinta Utara / JPNPk / Kementerian Pelajaran)

Sentiasa berdisiplin dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sekiranya anda kurang berpuas hati sila hubungi:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA UTARA

LEBUH CATOR 30450 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

MALAYSIA.

Misi Sk Pakatan Jaya

  • Menjulang kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum di persada marcapada.
  • Membudayakan konsep 1 Malaysia . Murid didahulukan Prestasi di Utamakan
  • Membina Keperibadian Sahsiah Murid, Selaras Dengan Jiwa Rukun Negara.
  • Menjalin Permuafakatan Yang Mesra Dengan IbuBapa, Komuniti Dan Agen Luar
  • Mewujudkan Budaya Dan Iklim Sekolah Yang Kondusif, Ceria Dan Penyayang.

Visi Sk Pakatan Jaya.

Merealisasikan Pendidikan Holistik Terunggul Daerah Kinta Utara Menjelang 2009.

Kata Aluan Guru Besar Sk Pakatan Jaya,

BismillahHirahmanNirrahim,
Selamat Datang ke URL Blog Sk Pakatan Jaya. Sesungguhnya saya amat berbesar hati kerana walaupun Sekolah Pakatan Jaya mula beroperasi pada 15 Jun 2009, Namun pada 1 Ogos 2009 blog ini telah dapat diwujudkan.
Kejayaan menghasilkan blog ini adalah merupakan kejayaan sulung dan amat bermakna kepada semua murid, guru dan staf sekolah ini. Kejayaan ini adalah diharapkan menjadi permulaan bagi kita merekabentuk laman web sendiri pada satu hari nanti.
Tahniah dan syabas kepada semua guru terutama guru ICT kerana berjaya membina blog ini bagi kemudahan akses maklumat dalam pengurusan, pentadbiran dan perhubungan. Dengan adanya blog ini, mesej dan maklumat mudah tersebar kepada murid, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu sama-samalah kita memanfaatkan kemudahan ini untuk meneroka bidang maklumat yang kompetitif. Sekian Terima Kasih.
Guru Besar Sk Pakatan Jaya,
Puan Faridah Yusof